•Megah Tria Resources adalah sebuah syarikat bumiputera dan diurus niaga oleh usahawan tempatan sepenuhnya. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 2021 dan didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 25 Februari 2021 dibawah no pendaftaran TR0236437-U serta didaftarkan dibawah Kementerian Kewangan Malaysia pada 15 Jun 2021 dibawah no.rujukan pendaftaran 357-0002338070. •Syarikat ini juga berdaftar dibawah beberapa badan kementerian dan agensi kerajaan yang lain seperti, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Gred G2 daerah Tampin Negeri Sembilan untuk kerja kerja Pembinaan Bangunan, Pembinaan Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrikal. Selain daripada itu, agensi lain yang didaftar adalah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Pengairan dan Saliran, Majlis Amanah Rakyat dan lain-lain. •Melalui visi, misi, nilai dan teras syarikat yang diterapkan, kami bersedia untuk bersaing dengan syarikat sedia ada bagi melaksanakan projek-projek dan menyokong pembangunan negara Malaysia kearah negara maju. Kami komited untuk menjadikan syarikat ini sebagai salah sebuah syarikat yang terbaik dan berharap akan menjadi contoh terbaik untuk syarikat lain dalam menjalankan perniagaan. • Megah Tria Resources adalah sebuah syarikat yang berpandangan jauh dan terbuka dalam membangunkan perniagaan yang mampu menjadi contoh serta membantu dalam memacu negara Malaysia ke arah pembangunan yang lebih maju dan berteknologi tinggi.